PERNAHKAH ANDA MEMBACA TENTANG DIRI ANDA, PRODUK ANDA, SYARIKAT ANDA ATAU ORGANISASI ANDA DI AKHBAR ATAU MAJALAH?

Bukan dalam mimpi, tetapi di alam realiti!

Bukan melalui ruangan iklan yang dibeli,
tetapi ruangan editorial yang diberi.

 

YA... DIBERI SECARA PERCUMA!

Rahsia Publisiti Percuma
untuk Produk & Organisasi Anda
di Akhbar & Majalah
TERBONGKAR!

Anda sendiri mampu melaksanakan! 

 

“eBook ini TIDAK WAJAR DIBERI PERCUMA kerana apa yang diberikan oleh penulisnya adalah pengalaman dalam media yang bukan semua orang berpeluang melaluinya.”

 
 
 
  Bagaimana mengenali diri sebelum menjalankan aktiviti publisiti anda?
  Bahan berita yang bagaimanakah mempunyai nilai berita untuk disiarkan?
  Apakah tiga kaedah yang strategik untuk menghadapi media dengan cara yang paling jimat dan berhemah?
  Apakah tip-tip berguna dalam persediaan membuat kenyataan media, persiapan menghadapi wawancara dengan media, dan mengundang media ke majlis anda?
  bullet Siapa dan apakah bahan bercetak yang sah di sisi undang-undang yang diterbitkan di Malaysia?
 
     
 

Daripada : Harlym Yeo
Tarikh :

RAHSIA PUBLISITI PERCUMA

Salam hormat para pembaca,

Seperti anda, saya juga sedang mencari cara yang paling efektif untuk mendapat publisiti secara PERCUMA beberapa tahun dahulu. Cuba mencari jawapan dan kaedah serta maklumat dari internet, membaca dan menghadiri seminar, bahkan mengalaminya melalui pengalaman bertahun-tahun lamanya; kaedah paling berkesan untuk mendapat liputan secara PERCUMA di akhbar dan majalah untuk organisasi saya!

Akhirnya saya perolehi jawapannya dan saya kumpulkan segalanya di sini... dalam eBook ini... saya rumuskannya dan abadikan dalam satu laporan yang berjudul "Bongkar RAHSIA Meraih PUBLISITI Hampir PERCUMA di Akhbar & Majalah untuk Produk & Organisasi Anda" - secara ringkasnya hanya 3 perkataan yang perlu anda tekankan iaitu;

- RAHSIA PUBLISITI PERCUMA -

Umum ketahui, media cetak memainkan peranan yang penting dalam mencorak pemikiran pengguna sama ada melalui pengiklanan atau pun tulisan artikel yang dipaparkan dalam media terbabit. Walaupun media-media lain juga tidak kurang pentingnya, namun melalui media bercetak, ia mempunyai beberapa keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media massa lain.

Akhbar dan majalah, senang didapati di mana-mana sekali gus ia mudah dibaca tanpa perlu apa-apa platform untuk mengekses maklumat terbabit. Tidak seperti media internet dan televisyen mahu pun radio. Malah media bercetak jauh lebih murah dan bersifat umum - mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja, sekalipun kanak-kanak sekolah. Maklumat dalam majalah Disney yang berharga RM4.50 senaskhah, jauh lebih murah jika dibandingkan dengan maklumat yang ditawarkan dalam saluran Disney di ASTRO. Ini hanya sekadar perbandingan antara media bercetak dengan media televisyen untuk menunjukkan betapa mudah dan murah untuk khalayak ramai menikmati maklumat melalui media bercetak.

Persoalannya... bagaimanakah caranya agar maklumat anda dapat disiarkan dalam media bercetak yang diinginkan? Patutkah anda mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk mensasarkan maklumat tentang produk anda kepada pembaca sasaran?

Ebook ini mengupas, menganalisa dan menyarankan kepada anda bagaimana hanya dengan beberapa strategi, anda mampu melaksanakan misi... memperolehi liputan secara PERCUMA di akhbar & majalah nasional

 
     
 

Berapakah harga eBook ini?

Pada awalnya penulis ingin meletakkan nilai eBook ini setaraf dengan nilai khidmat nasihat yang ditawarkan kepada beberapa syarikat sebelum ini. Bayaran konsultasi yang dikenakan adalah berjumlah tidak kurang daripada RM5,000 untuk satu kempen.

Berbekalkan pengalaman dan ilmu yang penulis curahkan dalam catatan eBook ini, harga setimpal yang harus diletak adalah tidak kurang daripada RM50 senaskhah.

Tetapi memandangkan nawaitu penulis adalah untuk berkongsi ilmu dan memanfaatkan seramai mungkin usahawan atau bakal usahawan tempatan, maka harga eBook ini bernilai SIFAR. Ia diberi secara PERCUMA kepada yang ikhlas mahu belajar.

 

 
     
   
 

Terhasilnya eBook ini bermakna perkara yang cuba dirahsiakan dan tidak disampaikan sebelum ini sudah tiba di tangan kita. ...ia sebenarnya salah satu bukti praktikal bagaimana publisiti hampir percuma dapat dihasilkan. ...kerana apa yang ditulis dalam eBook ini adalah makanan untuk perniagaan kita terus membesar. ...apa yang diberikan oleh penulisnya adalah pengalaman dalam media yang bukan semua orang berpeluang melaluinya. Penulisnya mempunyai pilihan sama ada merahsiakan untuk keperluan bisnesnya sendiri. Sebaliknya, beliau memilih mendedahkan rahsia itu kepada khayalak.

ZAMRI MOHAMAD
Penulis Bebas dan Pengamal Profesional Bidang Penulisan, Penjenamaan dan Pemasaran.
www.zamrimohamad.com

 
     
 

It's indeed a laudible effort to come up with a simple, straight to the point, easy to understand Bahasa Malaysia PR e-guide book as our industry collages with the virtual world and social media seems to spearhead the communications strategies of tomorrow. E-xcellent, E-loquent & E-asy for those who are keen to know more about the "magical world of PR/Media relations" and how the business world evolves in this route of communications and the journey in your unique presentation has just opened a new pathway to hopefully more Malaysians who are passionate about PR & media.

SYED MOHAMMED IDID B DATO' SYED AHMAD IDID
Chief Engagement Officer (CEO)
MediaBond Public Relations

 
     
 

Penulis telah mengumpulkan pengalaman beliau yang hampir 20 tahun di dalam eBook ini. Beliau tidak kedekut dengan perkongsian pengalaman serta ilmu kepada para pembaca. Secara peribadi, selama beberapa tahun mengenai penulis, beliau merupakan seorang yang berdedikasi serta berbakat dalam pelbagai bidang - penulisan, pemasaran produk dan perkhidmatan, malah lakonan. Melalui eBook ini, pembaca akan menikmati pelajaran yang bernilai, terutamanya dalan bidang perhubungan awam.

SAMUEL TAN
HiSamuelTan.com [www.hisamueltan.com]
& co-founder of About Communication Sdn Bhd [www.aboutcom.my]

 
     
 

Ebook ini menerangkan segala rahsia tentang mencari rahsia publisiti secara percuma. Konsep penerangan penulis di dalam eBook ini dapat diaplikasikan oleh setiap usahawan tidak kira offline mahupun online.

Dengan cara dan teknik yang diaplikasikan adalah lebih kurang sama kaedah saya mengaplikasikan melalui buku karya saya berjudul 'Buat Duit Dengan Blog' yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan PTS Publications & Distributors. Sekali gus, buku tersebut berjaya menjadi bestseller di beberapa tempat di kedai buku terkenal MPH. Ini adalah kerana kita perlu mengetahui persaingan terhadap perkara yang kita lakukan walaupun pun persaingan kita itu sungguh berkuasa terhadap pemilihan produk dan dengan cara ini kita dapat mengaplikasikan cara yang lebih bijak melawan pesaing.

Saya juga tertarik dengan cara mengaplikasikan pengiklanan percuma sebagai medium utama untuk promosi kerana sememangnya medium yang sesuai dapat menaikkan publisiti dengan begitu mendadak! Ini terbukti apabila buku 'Buat Duit Dengan Blog' tersenarai di dalam surat khabar walaupun saya tidak menempah sebarang pengiklanan berbayar!

Dengan teknik yang diaplikasikan di dalam eBook ini, saya dapati penulis dapat menunjukkan cara untuk mendapatkan dan menaikkan publisiti secara percuma di dalam media.

YAZID YAHAYA
Penulis buku 'Buat Duit Dengan Blog'
www.strategiblog.com
www.diariim.com
www.rahsiablog.com

 
     
 

Publisiti merupakan cabang penting dalam setiap perniagaan. eBook ini mendedahkan rahsia sebenar untuk membuka peluang kepada usahawan mengetahui cara dan bertindak mempromosikan perniagaan. Terbongkar rahsia mendapatkan publisiti dan juga cara bijak dalam menyusun strategi agar perniagaan yang diusahakan terus berjaya.

Ebook ini juga mempunyai pengisian ilmiah yang cukup berkesan serta sesuai dijadikan rujukan untuk pelajar-pelajar khusus dalam bidang perniagaan, pengurusan perniagaan, pembangunan manusia dan komunikasi. Bukan sahaja untuk mereka yang ingin menjadi usahawan.

NAZIRA NORAN
DJ Radio 24
www.Nazira.biz

 
     
 

Mengapa sekarang baru ditulis buku sebegini dalam konteks tempatan? Kandungan buku yang padat ini, sememangnya dinanti-nantikan oleh peniaga-peniaga HomeBased
seperti saya. Apalagi ditulis oleh orang yang sememangnya dalam industri media cetak!

Semakin lama saya membacanya semakin jelas saya nampak kekuatan media cetak dalam membantu industri 'homebase' seperti saya. Paling saya suka senarai dalam mukasurat 32 :).

HAJARIYAH DAUD
Pengasas
www.OnePieceBakery.com

 
     
 

Kejayaan penulis dalam eBook ini bukan setakat penerangan topik yang jelas; tetapi juga sisipan pengalaman sebenar beliau berkenaan kepentingan mesej yang padat dan berfokus - sememangnya asas komunikasi dan penjenamaan yang paling penting.

KIAN ONG
Pengasas, IDEAINC Concepts
facebook.com/pages/ideainc/182682454584

 
     
 

Tidak semua orang tahu cara dan kaedah yang terbaik untuk engage pihak media sedangkan publisiti melalui media diperlukan bagi menonjolkan diri, organisasi, perniagaan atau produk masing-masing. Di sinilah panduan eBook percuma 'Rahsia Publisiti Percuma' dapat membantu. Anda dan media saling memerlukan. Justeru itu, lakukannya dengan berhemah secara win-win dan berpanjangan melalui asas-asas yang terkandung di dalam eBook ini.

SHUKRI RAHMAN
Pengurus Kanan, Tugas-Tugas Khas
Kumpulan HCM Engineering
E: shukrirahman@gmail.com

 
     
 

HEBAT! Saya sangat menyukainya terutamanya persembahan beberapa idea yang sesungguhnya sangat bagus. Dalam pasaran sememangnya terdapat buku seumpama ini tetapi kebanyakannya dari luar negara. Secara peribadi, saya berharap lebih banyak lagi buku topik sebegini diterbitkan untuk pasaran tempatan.

AZLYNN AZIZI
Pengarah Operasi
True Wealth Sdn Bhd
www.MillionairesPlanet.com

 
     
 

Ibarat hendak meminang, tambatkan hati keluarganya. Begitulah dalam memberi nama kepada produk atau organisasi juga memerlukan strategi-strategi dan langkah-langkah berkesan agar tercapai matlamat. eBook ini merupakan wadah yang baik untuk dijadikan rujukan dan panduan dalam berurusan dengan pihak media seterusnya membina reputasi yang baik untuk jangkamasa panjang. Tidak rugi membaca eBook ini kerana ia mudah untuk difahami oleh kebanyakan mereka yang berkecimpung dalam dunia perniagaan baik secara amatur mahupun profesional. Selain itu eBook ini turut dilengkapi contoh-contoh bagi menerangkan dengan lebih jelas setiap langkah yang harus dibuat agar pembaca lebih mendapat manfaat daripadanya. Tahniah kepada penulis yang telah sudi membongkarkan rahsia ini untuk kita semua menikmati dan melaksanakannya. Semoga lebih banyak rahsia yang selama ini sukar diperolehi dapat dibongkar untuk kebaikan bersama.

NISAK HASHIM
Guru
SK Seksyen 7 Kota Damansara
Facebook.com/nisakhashim

 
     
 

Pertama sekali saya tidak faham mengapa ianya PERCUMA? (sungguh budiman). Info yang ringkas tapi padat, terus kepada konteks, sememangnya kena kepada sasaran pembaca iaitu golongan usahawan IKS yang sentiasa sibuk dan mencari-cari peluang-peluang pengiklanan yang murah (dan hampir percuma).

Kedua, insyaALLAH saya pasti dengan yakin memperkenalkan teknik ini kepada pelanggan-pelanggan di bawah bimbingan (coaching) saya. Teknologi Email (murah dan percuma) memudahkan teknik yang dikongsikan berlaku. Lebih lagi ditulis dalam konteks 'local' lagi menyakinkan.

MUHAMMAD FAZLAIDHA
Personal Online Business Coaching for your HomeBased Business.
Facebook.com/mfazlaidha

 
     
 

Rahsia Publisiti Percuma sememangnya ada kelasnya yang tersendiri. Walaupun diberikan percuma, saya sudah bersedia untuk bayar RM100 atau lebih semata-mata untuk mendapatkan ilmu berharga di dalamnya.

Ternyata Harlym Yeo telah hasilkan satu sumber rujukan yang MESTI digunakan oleh mereka yang memerlukan pendedahan dan publisiti meluas secara percuma untuk diri sendiri, bisnes atau kareer. "Senarai Penerbit & Penerbitan di Malaysia" merupakan bab kegemaran saya. Begitu juga bahagian 2 untuk "Taktik Perhubungan Awam" yang menerangkan dengan jelas dan padat tentang apa yang perlu anda lakukan untuk berdepan dengan media.

TWO THUMBS UP dari saya!

Zamri Nanyan
Pakar Bisnes Internet Sdn Bhd
www.ZamriNanyan.com
www.BisnesDigital.com

 
     
 

Ebook ini merupakan satu panduan asas yang berguna kepada newbie, pengusaha IKS dan pemilik kedai. Subjek dan topiknya lain daripada eBook yang pernah diterbitkan.... Malah format contoh press release, jadual perbandingan dan carta aliran... sangat membantu banyak pihak.

MOHAMAD HAFIZI RADZI
Usahawan Internet
www.MohdHafizi.com
PanduanSkripAffiliate
PanduanSkripAutoresponder

 
     
 

Usah Berlengah Lagi! Dapatkan Sekarang!

 
  Salah satu ciri usahawan yang berjaya adalah kerana mereka sentiasa pantas merebut peluang. Jika anda mahu melakukan aktiviti publisiti dengan pantas dan tangkas sebelum pesaing anda mengorak langkah, masukkan nama dan alamat e-mel anda untuk menerima link muat turun eBook berjudul "Bongkar RAHSIA Meraih PUBLISITI Hampir PERCUMA di Akhbar & Majalah untuk Produk & Organisasi Anda" secara PERCUMA!  
 
Nama Anda :
Email Anda :
 
Masukkan nama dan email anda dan anda akan menerima ebook ini serta merta!
 
 
 
 
 
 

Siapa penulis eBook ini?
Penulis merupakan seorang pengamal media dan penggiat dalam bidang perhubungan awam secara profesional. Melalui amalan dan pengalaman selama dua dekad dalam bidang pengiklanan, pemasaran dan penerbitan, beliau mempunyai kemampuan membina dan mengurus hubungan media dan agensi PR.